MAHAD AL-ZAYTUN



    MA'HAD AL-ZAYTUN

MAHAD AL-ZAYTUN terletak di Kabupaten Indramayu, lebih kurang 3,5 ( tiga setengah) jam perjalanan darat dengan menggunakan kereta dan dua jam jika menggunakan kereta dari Jakarta. Dikelola oleh Yayasan Pesantren Indonesia (YPI), yang secara institutional didirikan pada tahun 1994 dihadapan Notaris Ny. Li  Rokayah Sulaiman SH, Notaris Di Dati 2 Subang pada tanggal 25 Januari ,dengan akta Notaris Nombor 61,dengan secara rasmi dibuka sebagai lembaga pendidikan formal oleh Prof.Dr.Ing.Haji B.J.Habibie Presiden Indonesia,pada hari jumaat tanrikh 27 Ogos 1999,sangat wajar dikemudian hari banyak pihak yang mengkaitkan Mahad ini dengan Presiden Habibie.
Sekali pun sebagai pendatang baru, akan tetapi Mahad Al-Zaytun telah menjadi institusi pendidikan alternatif yang amat diminati. Bukan sahaja kerana keindahan dan kebersihan kampusnya akan tetapi juga kerana system pendidikan yang terlengkapnya,hal ini terbukti apapun ungkapan sumbang-sumbang terhadap Mahad Al-Zaytun dari waktu ke waktu sejak dirasmikannya selalu mendapatkan murid/santri melebihi Kapasitas muat yang sedang dibangun, sementara banyak Pondok Pesantren yang jauh lebih tua umurnya berada jauh peringkatnya dari Mahad Al-Zaytun.



LOKASI
Kampus Mahad Al-Zaytun tepatnya terletak di sebuah kawasan yang amat jauh dari keramaian kota, Desa Mekarjaya,Kecamatan Haurgelis, Dati II Indramayu, menempati tanah wakaf dari berbagai kalangan Umat islam bangsa Indonesia, seluas 1400 hektar, 200 hektar dipergunakan sebagai kawasan kampus Mahad AL-Zaytun, sedangkan sisanya 1200 hektar dipergunakan sebagai sarana pendukung pembelajaran di berbagai bidang antara lain, Aquakultur/perikanan, Hortikultur, Industri makan ternak, Unit pertenakan, industry kecil dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan