Rabu, 9 Oktober 2013

1 September 2013

Pertandingan Persahabatan





Setelah kemerdekaan yang ke-56, kami Forum Konsulat Pelajar Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di antara guru-guru di Al-Zaytun. Pertandingan ini diadakan di lapangan Palagan Agung. Acara ini bermula dari pukul 07:00-11:00 pagi.



Peresmian pertandingan ini diresmikan oleh Tuan Ahmad Ruzizan Maphilindo. Pertandingan ini telah dimenangkan oleh pasukan mudaris(guru-guru) dengan skor 3-1. Pelajar Malaysia tidak bernasib baik untuk pertandingan kali ini.




Kami semua mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Al-Zaytun karena telah sudi hadir untuk pertandingan persahabatan ini. Acara ini berakhir dengan sesi bersalam-salaman dan pemberian piala yang diserah terima oleh Tuan Ahmad Ruzizan Maphilindo.

Khamis, 12 September 2013

31 Ogos 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56

Pada 31 Ogos 2013, Forum Konsulat Pelajar Malaysia telah mengadakan Acara Resepsi memperingati hari kemerdekaan yang ke-56. Acara ini diadakan di wisma tamu Al-Islah. Tujuan diadakan  acara ini adalah untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia diperantawan.





Acara ini bermula pada pukul 19:00-21:30. Kami juga turut mengundang tetamu-tetamu dari instansi-instansi di Al-Zaytun. Di antaranya dari Organisasi Pelajar Al-Zaytun, perwakilan setiap konsulat, kepala keamanan,  Exponen-exponen, Ustaz dan Ustazah, Tn. Abdul Halim dan juga Tn. Ruzizan Maphilindo.


Acara ini di isi dengan ucapan yang disampaikan oleh Tn. Ahmad Ruzizan Maphilindo. Dari ucapan beliau menanamkan semangat patriotisme dan rasa bangga terhadap tanah air kita. Acara itu dilanjutkan dengan ucapan Tn. Abdul Halim selaku penolong kanan Syeikh Al-Zaytun. Beliau menyatakan bahwa kita perlu bersikap hormat-menghormati apabila merayakan kemerdekaan di Negara lain.



Acara ini berjalan dengan lancar dan baik sekali. Disamping itu juga, acara ini di isi dengan Pembacaan Ikrar, Rukun Negara dan juga menyanyikan Lagu Nasional kita Negaraku. Acara ini diakhiri dengan persembahan koir yang dipersembahkan oleh kumpulan Koir Forum Konsulat Pelajar Malaysia. 

Selasa, 10 September 2013

10 Ogos 2013

Sukaneka 

Sesudah Hari Raya AidilFitri, kami forum konsulat pelajar malaysia telah mengadakan acara sukaneka antara pelajar-pelajar malaysia. Para ibu bapa dan pelajar juga turut mengikuti. Acara ini diadakan di medan satria wiratama. Acara ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Perwakilan Ya'mal pada jam 7 pagi. 


Bermacam-macam permainan kami sediakan untuk memeriahkan lagi suasana di lapangan. Dengan adanya sukaneka ini, hubungan kami dan juga ibu bapa dapat mengeratkan lagi silahturahmi dan juga dapat mengenali antara sesama dengan lebih dekat. 

Berbagai macam aksi mereka ketika bermain permainan yg kami tetapkan. Akhir dari kegiatan ini Perwakilan Ya'mal telah menyumbangkan kami duit raya. Kami sangat menghargai kedatangan ibu bapa yg telah menghadiri acara ini. Acara ini diakhiri pada jam 10.

                          







8 Ogos 2013

Hari Raya AidilFitri

1 Syawal 1434 H menjelang tiba dengan penuh meriah. Kami seluruh pelajar Forum Konsulat Pelajar Malaysia  meraikan pagi raya ini dengan bermaaf-maafan diantara sesama dan menikmati juadah hari raya bersama-sama. Pada malam hari kami menyambut hari raya dengan mengadakan sebuah acara. Acara ini dimulai dengan makan malam bersama pada jam 6. 


Dalam acara ini diselitkan beberapa hiburan dari pelajar-pelajar malaysia disini. Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang perwakilan dewan guru, ketua setiap konsulat, ketua pelajar dan tak lupa juga ibu bapa yg datang kesini. Acara ini berakhir pada jam 9.30 malam.

14 Julai 2013

Penyampaian Motivasi & Berbuka Puasa Bersama Kedutaan Education Malaysia

Majlis ini diadakan pada tanggal 14/7/2013, Ahad. Majlis ini dihadiri oleh beberapa orang guru, pembimbing  pelajar  malaysia serta presiden organisasi pelajar al-zaytun angkatan 10.  Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran Kedutaan Education Malaysia. Tujuan diadakannya acara ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahmi  antara pelajar, guru dan kedutaan education malaysia.

Acara ini terlaksanakan di Ruang Meeting Wismatamu Al-Islah. Selain bersilaturrahmi acara ini disertakan juga dengan penyampaian motivasi dibawakan oleh salahsatu motivator guru al-zaytun, yaitu Ustazah Aliyah. Ustazah Aliyah memberikan pencerahan tentang  ibadah dibulan ramadhan . Acara ini turut dihiburkan dengan kumpulan nasyid dari kelas 8, 9, dan 10. Majlis ini diakhiri dengan berbuka puasa bersama di restoran Wismatamu Al-Islah.






Di samping itu, jajaran Forum Konsulat Pelajar Malaysia Sesi 2013-2014 beramah mesra dengan Tuan Maximilian Tariq Cowrad. Dari sesi ini berbagai masukkan diterima. Kami juga mengambil sedikit pengalaman dari Tuan Maximilian Tariq Conrad.

10 Julai 2013

Tadarus Al-Qur'an

Sempena bulan ramadhan ini Forum Konsulat Pelajar Malaysia Sesi 2013-2014 mengadakan program tadarus Al-Quran di teratak perantau Ma’had Al-Zaytun. Program Tadarus Al-Quran ini dilaksanakan selama 5 jam setiap hari dimulai dari jam 01:00p.m-05:00p.m. Program ini baru saja dilaksanakan buat pertama kali pada Bulan Ramadhan tahun ini.


Tujuan program tadarus ini dilaksanakanadalah untuk meningkatkan dan memperlancarkan bacaan al-quran dikalangan santri khusus asal Malaysia yang terdiri dari angkatan 10-15. Program ini juga dilaksanakan untuk mengisi waktu lapang dengan sesuatu kegiatan rohani yang bermanfaat.

9 Jun 2013

Explorace!




Acara explorace yang telah diadakan pada tanggal 9 jun 2013, bersamaan dengan hari Ahad bagi FKPM sesi 2013-2014 yang melibatkan seluruh pelajar Malaysia yang bermukim di Al-Zaytun bertujuan untuk mengisi masa-masa yang terluang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mengeratkan hubungan silaturrahmi antara sesama pelajar Malaysia.






Acara ini berlaku selama 1 hari, meskipun waktu yang ditetapkan agak singkat. Namun persediaan yang telah disediakan oleh panitia cukup memuaskan bagi para peserta explorace. Peserta explorace terbagi dalam 4 kelompok, yang masing-masing kelompok terdapat 5 orang peserta.

Setiap kelompok masing-masing bersaing dalam menempuh cabaran dan halangan yang telah dilalui dengan penuh semangat. Tempat yang menjadi pilihan untuk acara exlorace ini adalah Palagan Agung yang merupakan tempat permulaan dan pengakhiran.

Toko Al-Zaytun yang menyediakan pelbagai soalan yang mencabar bagi para peserta. Rahmatan Lil ‘Alamin dan Tan Sri yang mengharuskan para peserta menampilkan pelbagai aksi-aksi yang menarik. Seterusnya, Gate dan Abu Bakar yang tidak kurang pula hebatnya. Soalan yang diberikan oleh panitia pada setiap tempat cukup menghiburkan hati bagi para peserta.


Banyak pengalaman yang dapat diambil dari acara explorace ini. Acara yang diadakan mendapat hasil yang cukup memuaskan bagi semua peserta explorace. Tidak lupa gambar-gambar yang telah diambil oleh panitia untuk dijadikan koleksi-koleksi sebagai kenangan manis semasa berlangsungnya acara explorace.