Hari Raya AidilFitri
1 Syawal 1434 H menjelang tiba dengan penuh meriah. Kami seluruh pelajar Forum Konsulat Pelajar Malaysia meraikan pagi raya ini dengan bermaaf-maafan diantara sesama dan menikmati juadah hari raya bersama-sama. Pada malam hari kami menyambut hari raya dengan mengadakan sebuah acara. Acara ini dimulai dengan makan malam bersama pada jam 6.
Dalam acara ini diselitkan beberapa hiburan dari pelajar-pelajar malaysia disini. Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang perwakilan dewan guru, ketua setiap konsulat, ketua pelajar dan tak lupa juga ibu bapa yg datang kesini. Acara ini berakhir pada jam 9.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan